Buku 99Q ini adalah buku terjemahan daripada Penerbit Hikmah, Kumpulan Mizan. Asalnya ia diterbitkan dalam bentuk 2 jilid di Indonesia. Namun begitu pihak PTS Millennia Sdn Bhd membuat keputusan untuk menggabungkannya ke dalam 1 buku sahaja. Ini adalah buku premium termahal di PTS Millennia Sdn Bhd.
Tentu ada sebab utama PTS Millennia bersedia melaburkan sejumlah wang yang besar ke dalam buku ini. Pasti ada yang bonusnya di sini. Mahu tahu apakah dia? Bacalah buku terbaru dari PTS Millennia Sdn Bhd ini.
Maklumat Buku
Pengarang : Sulaiman Al-Kumayi
Pengarang : PTS Millennia Sdn Bhd
Harga : RM 65.00 / RM 68.00 (Sabah & Sarawak),
ISBN : 978-983-3603-64-0
Jumlah Muka Surat : 752 halaman
Sinopsis
Buku ini menyingkap rahsia serta makna tersirat di sebalik nama-nama Allah. Ilmu yang wajib difahami oleh semua yang bergelar Muslim. Di sebalik nama, terkandung khasiat yang tak ternilai harganya. Setiap nama Allah membawa pengertian yang mendalam dan khasiat yang ajaib bagi yang mengamalkannya.
Bila selesai baca buku ini pastinya, bukan sahaja mengenal Allah melalui apa yang dihati, lebih mengingati Allah apa yang dinyanyi malah mendekati Allah dengan apa yang diaplikasi. Terhasilnya buku ini sedemikian rupa maka tidak keterlaluan buku ini merupakan manual kehidupan bagi muslimin dan muslimah yang perlu ada “di tangan” sebagai sumber inspirasi dan motivasi diri.