Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Blog PTS Millennia Sdn Bhd ini diwujudkan bagi memudahkan para eksekutif di PTS Millennia Sdn Bhd berkongsi minda, pengalaman, maklumat dan apa sahaja mengenai operasi PTS M yang seharusnya diketahui oleh umum terutamanya para pelanggan kami.
Siapakah pelanggan PTS Millennia?
Para pelanggan kami adalah Anda, para pembaca, para penulis, para pengkomik dan sesiapa sahaja yang berminat mengenai dunia penerbitan dan penulisan buku.
InsyaAllah laman web ini akan dikemaskini daripada masa ke semasa, banyak maklumat yang bakal dikongsikan dengan Anda. Nantikannya daripada kami di PTS Millennia Sdn Bhd.