Feeds:
Kiriman
Komentar

Buku 99Q ini adalah buku terjemahan daripada Penerbit Hikmah, Kumpulan Mizan. Asalnya ia diterbitkan dalam bentuk 2 jilid di Indonesia. Namun begitu pihak PTS Millennia Sdn Bhd membuat keputusan untuk menggabungkannya ke dalam 1 buku sahaja. Ini adalah buku premium termahal di PTS Millennia Sdn Bhd.

Tentu ada sebab utama PTS Millennia bersedia melaburkan sejumlah wang yang besar ke dalam buku ini. Pasti ada yang bonusnya di sini. Mahu tahu apakah dia? Bacalah buku terbaru dari PTS Millennia Sdn Bhd ini.

Maklumat Buku

Pengarang : Sulaiman Al-Kumayi
Pengarang : PTS Millennia Sdn Bhd
Harga : RM 65.00 / RM 68.00 (Sabah & Sarawak),
ISBN : 978-983-3603-64-0
Jumlah Muka Surat : 752 halaman

Sinopsis

Buku ini menyingkap rahsia serta makna tersirat di sebalik nama-nama Allah. Ilmu yang wajib difahami oleh semua yang bergelar Muslim. Di sebalik nama, terkandung khasiat yang tak ternilai harganya. Setiap nama Allah membawa pengertian yang mendalam dan khasiat yang ajaib bagi yang mengamalkannya.

Bila selesai baca buku ini pastinya, bukan sahaja mengenal Allah melalui apa yang dihati, lebih mengingati Allah apa yang dinyanyi malah mendekati Allah dengan apa yang diaplikasi. Terhasilnya buku ini sedemikian rupa maka tidak keterlaluan buku ini merupakan manual kehidupan bagi muslimin dan muslimah yang perlu ada “di tangan” sebagai sumber inspirasi dan motivasi diri.

PTS MILLENNIA SDN BHD mencari penulis yang berminat untuk menjadi penulis kedua bagi buku berbentuk biografi/autobiografi. Antara tokoh yang yang akan terlibat dalam projek ini adalah:

  • Tokoh Agama
  • Tokoh Akademik
  • Tokoh Guru
  • Tokoh Motivasi
  • Tokoh Muzik
  • Tokoh Lakonan
  • Tokoh Sukan
  • Tokoh Usahawan
  • Tokoh Wartawan Media
  • Tokoh Penulis

Bagi saudara yang berminat hubungi Encik Mohd Ikram di talian 016-6611649 ataupun emel di ikram@pts.com.my. Bengkel penulisan akan dijalankan dalam jangka masa terdekat.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Blog PTS Millennia Sdn Bhd ini diwujudkan bagi memudahkan para eksekutif di PTS Millennia Sdn Bhd berkongsi minda, pengalaman, maklumat dan apa sahaja mengenai operasi PTS M yang seharusnya diketahui oleh umum terutamanya para pelanggan kami.

Siapakah pelanggan PTS Millennia?

Para pelanggan kami adalah Anda, para pembaca, para penulis, para pengkomik dan sesiapa sahaja yang berminat mengenai dunia penerbitan dan penulisan buku.

InsyaAllah laman web ini akan dikemaskini daripada masa ke semasa, banyak maklumat yang bakal dikongsikan dengan Anda. Nantikannya daripada kami di PTS Millennia Sdn Bhd.